8.4.11

adakah anda mahu sambut mothers day after read this?

HARI IBU hampir tiba..Tahun ini 8 MEI 2011 kita akan sambut hari ibu..dalam masa naymie mencari apa yang nak dimuatkan lagi di sini, naymie akan menceritakan sedikit sejarah sambutan hari ibu.. so anda decide la samada fakta ini buat anda nak sambut hari ibu atau tidak..

Sejarah hari ibu telah dikenal pasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.
Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.
Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.
Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.
Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.
Justeru, apakah justifikasi orang-orang Islam merayakan hari tersebut ?

So di atas inilah sejarah yang berkaitan tentang sambutan hari ibu yang seluruh dunia sambut dan dalam Islam juga haram disambut sebenarnya.. Dalam Era kemodenan masa kini, ramai yang alpa.. jarang kita berjumpa ibu kita untuk menunjukkan kasih sayang kita. Ini pendapat naymie.. hari ibu sememangnya menurut sejarah ia, HARAM sama sekali untuk disambut kerana atas faktor sejarah di atas yang korang baca tadi... Pada Naymie sambutan hari ibu ini bergantung pada nawaitu masing-masing la, tak perlu nak hipokrit di sini ye... berapa ramai yang sanggup berkorban keinginan mereka demi ibu? rasanya segelintir.. berapa ramai yang tak pernah melawan cakap ibu? rasenya apa yang ibu tegah tu la, kite nak buat.. berapa ramai juga paling mudah la, tak pernah cakap ah,nanti la,ala..rasenya semua orang pernah.. makanya sambutan hari ibu ni, tanda menunjukkan kita menghargai ibu kita, sekalipun di mana kita berada.. kita tak tahu apa yang ibu kita rasai saat kita berjauhan dari mereka... 

makanya tak yah nak belit-belit, hari ibu ini adalah hari yang baik buat kita bersama mereka.. bukan bermakna kita sambut hari ibu sebab ikut sejarah.. itu adalah sejarah.. tak payah pandang belakang.. mungkin ada yang cakap, kalau sejarah takde, sambutan ni pon takdelah.. ala kalau nak tunjuk kita hargai ibu kita, bila-bila pon boleh la..betol tu semua, tapi dengan hari yang special macam ni la perasaan yang wujud dari hati ini sangat berbeza... makanya terpulang pada niat masing-masing dan cara masing-masing... 

tepuk dada, tanya selera!

No comments:

Post a Comment

Happy Apple