1.4.11

kerunsingan yang menjengah diri

hari ini 1april 2011. hari ini juga hari yang membuatkan aku bertambah runsing dengan segala-galanya. iklan sewa bilik untuk menggantikan aku yang telah dibuat di mudah belum ada penyewa yang sepatotnya. tunggu punya tunggu penantian masih belum kunjung tiba. seperti biasa, aku bersabar menantikan jawapan dan mengharapkan keajaiban benar-benar berlaku buatku. hampir 3minggu aku, cuba mencari pekerjaan sesuai dengan kelulusan dan pengalaman yang aku ada, tapi jodoh untuk bekerja belum tiba. usai masanya aku mendirikan sholat wajib dan sunat beserta 1001 doa dengan harapan pekerjaan datang memanggil hari-hari hantar email dan resume ke mana-mana. ada yang aku pergi interview walaupun beribu jauh batu, tapi sanggup kerana perlu sangat pekerjaan. malahan ada juga yang memberi harapan menggunung buat ku, yang benar-benar mahukan pekerjaan tetapi itu hanyalah omong kosong yang pada mereka permainan yang sengaja untuk menunjukkan mereka mengambil berat tentang diriku. sangat tidak wajar ye, jika kalian hendak menyedapkan hatiku, kerana aku seorang yang benar-benar mahukan pertuturan yang berterus terang. alhamdulillah, orang yang berpenyakit seperti aku, sudah menunjukkan pemulihan di tahap yang amat baik. mungkin ini himah dari allah. apa-apa pun sememangnya aku butukan keajaiban yang bisa membuatku tersenyum demi semua orang di sekeliling ku. amin.

No comments:

Post a Comment

Happy Apple