seantero dunia, suka pada sesuatu yang cantik, menawan, baik, anggun dan kononnye segala yang perfect.. but tahukah anda yang perfect itu, adalah pinjaman sementara. dugaan yag berpanjangan juga sebenarnya membawa titik kepada kebahagiaan dan menambahkan lagi kekuatan dalam kesabaran. kita beruntung dilahirkan sebagai orang islam. dalam islam yang lahiriah mahupun yang jasmani di ambil kira dalam semua aspek. cuma dalam era yang tersangat dewasa ini, segalanya lebih mudah jika melakukan perkara yang tidak wajar. i mean segalanya la.. terbukti hidup lebih mewah dengan wang haram. hidup lebih senang dengan penipuan.. hidup dikenali dengan kemahsyuran.. hidup dihormati dengan kekuasaan an an an...
hidup yang sementara cuma ini, hanya lakonan. walau kita bukan selebriti, tetapi kita sebenarnya tetap seorang pelakon yang pandai bersandiwara dan bermain dengan tingkah laku dalam roda dunia ini. manusia menyenangi sesuatu yang sempurna, dan sesuatu yang sudah tersedia tanpa perlu berusaha.. putus asa juga amat mudah pabila dihambat dan diuji pelbagai perkara yang mencabar diri. malahan ada yang makan bertahun-tahun kesusahan yang dialami. tahukan kesusahan kita, ada lagi yang lebih susah.. setiap kali mahu putus asa, pikirlah orang yang kita sayang dalam hidup, bisa membuatkan kita berdiri dan percaya pada diri. walau sebenarnya jauh di sudut hati, kita sudah tersungguh. malahan mencari-cari tongkat untuk berpaut dan berdiri walau keadaan bengkok. kesudahannya sama-sama lah kita bersyukur dengan apa yang ada, juga jangan cepat mengalah walau sudah tiada lagi jalan penyelesaian kerana percayalah walau bukan sekarang nikmatnya, mungkin akan datang tetap ada untuk kita. kerana ALLAH itu MENYAYANGI semua hamba-hambanya walau kita sebagai hambanya tidak mengingatinya.
f:n/ manusia ni ingt dea bile time susah je pon.. ni la dinamekan manusia dan lumrah alam..renungkanlah~
3.4.11
ranjau yang berliku
Labels:
life is short
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment