22.5.11

"A real gentleman is when he's ready to have a commitment."

kenapa lelaki takut untuk memberi komitmen?

di sini ade beberapa petikan y naymie rase naymie xyah nk describe n pnjng lebr cite.. so korng bace la ye di bawah ini...credit to the writers..

Aku tak tahu kenapa wujud lelaki macam ni. Sayang sangat kat awek die, tapi tak nak ada komitmen. Atau lebih tepat lagi kalau aku kata tak berani. LOSER? Hell ya! Tak gentle langsung.

Aku rasa that is why perempuan sekarang dah tak malu sangat dah macam perempuan zaman2 dulu. Mungkin salah satu sebab nye pasal ni lah. Lelaki pengecut. Afraid to go to the next step. Aku tak nak kaitkan cerita ni dengan sesiapa. Tapi aku cuma mengenangkan diri aku ni. Maybe it seems like tepat kena batang hidung aku kot, or maybe tak. Golongan yang bergelar lelaki ni, mungkin takut nak adakan satu komitmen disebabkan takut nak keluar duit tak kira sama ada dalam jumlah yang banyak atau sedikit, nak kena fikir duit hantaran, mas kahwin, kenduri kahwin, kek btingkat2 lagi, mana nak cekup duit banyak2 macam tu, kan?  Takut kalau2 tak boleh nak jaga anak dara orang, takut kena jaga time bini tengah pregnant, takut nak beli susu anak nanti lari bajet untuk tukar spoiler kereta (apa guna ada susu cap gantung), takut kena berjaga tengah2 malam bila anak menangis kencing dalam pampers, takut nak usung anak bini sana sini takut member kata, " Oi kawan, tak bujang la. Bawak rombongan ke kat belakang tu?", takut takut takut. Semua takut. Memang bejanggut la kalau nak tunggu kau berani.



Basically, lelaki tak bersedia disebabkan dua faktor iaitu, faktor kewangan dan faktor kebebasan. Ada lelaki yang tak sedia sebab takut bebanan dari segi wang. Makan minum sendiri pun tak terjaga, ni kan pulak nak tanggung anak bini plak nanti. Kalau kita tengok dari faktor kebebasan, mungkin spesies2 macam ni tak puas lagi nak hidup bebas, takde sesiapa pun nak halang die buat apa yang die suka. Yela, kalau dah kahwin nanti, nak keluar malam, bini bising, lepas tu potpetpotpet tak henti, pastu tarik muncung, nak nak pulak lagi malam Jumaat ber-depa2 lah muncung die tarik. Silap2 haribulan, satu bulan die sediakan tempat beradu yang paling istimewa sekali untuk kau. Atas sofa kat ruang tamu. Okay la tu, daripada die suruh tido atas lantai


Ada tahap bila lelaki akan merasa takut tentang masa depannya. Dalam otak mesti fikir mana nak kerja. bila dah kerja, gaji berapa banyak dapat nanti. lepas tu nak kasi duit pada ibu bapa. payment rumah kereta lagi. Pada tahap ni, perempuan eloklah sangat kurangkan bercakap tentang kahwin dan apa-apa yang berkaitan dengannya sebab ia akan merunsingkan lelaki. Beri dia masa untuk berdiri dan mengukuhkan status dia, barulah boleh berbincang tentang perkara yang lebih serius secara mendalam.

Kalau nak bercinta, eloklah betul-betul komited dalam hubungan percintaan tu sejak dari awal lagi. Janganlah setakat nak cukupkan syarat je dan bila apa-apa jadi terus cari jalan keluar. Memang silap besar kalau kita terjumpa orang macam ni dalam hidup. selagi salah seorang tidak curang dengan orang lain, selagi tu hubungan tu boleh diperbaiki dan diteruskan.  

bila cakap pasal gaduh, bukan pasangan bercinta je yang bercinta. dalam persahabatan pon boleh gaduh, adik beradik pon boleh gaduh jugak. bila asyik bergaduh ke, kita pon boring betul tak. bila dah tak bersemangat dan selalu terluka, kita boleh jadi serik nak bagi perhatian pada semua benda yang memang memerlukan komitmen. semua ni memerlukan semangat yang tinggi dan kekentalan daya fizikal.  

di alam pekerjaan. bila takde komitmen, kerja buat tak dengan bersungguh-sungguh. semua sambil lewa. datang kerja lewat. passing kerja dekat orang lain. on leave untuk perkara yang tak penting. macam-macam. tapi setahu saya lelaki dalam kerja memang bagi komitmen yang superb. otherwise dia memang takde hati kan.

so, jangan paksa. take your time untuk buat sesuatu. mungkin saya salah juga cakap lelaki takut nak bagi komitmen tapi lelaki lebih berfikir secara rasional dari perempuan. dengan itu, lelaki akan buat apa yang dia rasa penting dan menjamin masa depan dia.

MAKE A REMARKS YOUNG MAN AND YOUNG LADY

P/S: if korang nmpk 2 taip writer.. cus ade 2 writers.. that is their opinion!! and i agree 100% 

5 comments:

  1. betul2.. kalau sekadar main2 takdenye nak ajak kawen

    ReplyDelete
  2. hahha..kdg kan khalis da bertahun couple pon xkawen2...hahaa...konon chenta bagai.. well sbb dunia ni matrealistik kn khalis...

    ReplyDelete
  3. sebab tu Khalis bila dah rasa nak kahwin terus fokus...jgn lari niat,, kumpul duit..ikat pinggang.. wanita pulak..kena la pandai pilih..pilih yg vogue mmg rabak derr

    ReplyDelete
  4. kawen ni bukan hal main2. mcm i pun berchenta dh bertahun lame nya, tp x ikat pe pun. sebab nya masing2 kejar kerjaya dulu. kalau kawen awal, tp kewangan x kukuh, xguna gak. so, kena persiapkan diri dari semua aspek dulu, baru buat kptsn kawen

    :)

    ReplyDelete
  5. HAAH betol tu all my dear readers... sebenrnya y penting adalah persediaan dalamn dan luaran.. and tak lupa pd kekuatan agama.. =)

    ReplyDelete

Happy Apple