10.4.11

ayuh beli kasih sayangku

salam ahad semua~
awww...hari ini entry yang mungkin akan lama la tak mengupdatenye...well ade la sebab musabab yang harus dirahsiakan dari pengetahuan u all tu..haruslah u.. takkan semua i nak story kat sini.. awwww

ok la.. ayuh beli kasih sayangku..boleh ke beli? hurm..pepatah selalu mengatakan 'kasih sayang tak boleh dibeli dengan wang dan harta' ye diakui..tapi itu dulu, sebab kasih sayang sekarang rasanya sangat tipis,rapuh dan mudah sangat dibeli dengan wang.. malahan kasih sayang juga boleh dipupuk sekiranya anda mempunyai wang.. tidak kira lah samada korang punye kawan ke?kekasih hati ke?family ke? semua tu sama je.. mungkin masih ada yang tak kisah pasal uwang, asalkan kasih sayang dipenuhi di sekelilingnya.. pada naymie segelintir cuma..

sekarang ni manusia sanggup melakukan apa saja dan bergolok gadai hanya kerana wang..malahan sekalipun bukan pergi melacurkan diri,(maaf ayat kasar)=example je.. tapi anda sememangnya sangat hipokrit berkaitan wang? bukan korang je naymie pong..pikir la betul-betul.. lagi-lagi dalam kepesatan pembanggunan sekarang, melangkah setapak je pon, duit! inikan masuk toilet.. ada sesetengan toilet tu masuk makkkk aiiii mencecah rm5.. apa punye kejadah la!! sebab itu naymie memberi perumpamaan sebegini.. malahan nak naik pangkat atau nak dapatkan projek pon, dengan wang mudah je jelannya.. simpati dan kesian pada yang kekurangan wang seperti ku ni....wawawa..

hidup ni cuma sekali je..sebab tu orang cakap cool la baek enjoy..tapi korang taw x? enjoy-enjoy huha huha sana sini, seronoknye kejap je..naymie sendiri, takut nak bergembira berlebihan, sebab kalau gembira sangat, kang nangis..=(hehehe petua orang tua-tua) maksudnya kene berjaga sentiasa, dalam sebarang kemungkinan..

manusia dalam dunia ni, mana yang takde masalah..kalau bab-bab wang ni,orang kaya pun cakap tak cukup, sebab 'gali lobang tutup lobang' yela masa mula-mula meniaga or nak roaling bisness kan perlukan wang.. sebab tu ada sesetengah orang kaya ni, kuat sangat hutangnye..

just nak selitkan satu perkara di sini..(sebab ada yang luahkan masalah family)...begini tak semua family yang begitu supportive dan very taking care of each other.. sebab tak semua family itu educated..kebanyakan family yang kurang educated ini, pemikiran mereka dan mentality sangat jauh berbeza dengan yang educated.. sebagai contoh di bandar dan di desa..beza sangat.. di desa terlalu mementingkan kesempurnaan di mata pelbagai pihak..i mean dari hujung rambut sampai hujung kaki, segalanya diperhatikan masyarakat keliling.. menjadi seorang yang hiporit dalam situasi ini, diharuskan demi menjaga maruah keluarga supaya umpatan dan kejian tidak melantun ke keluarga anda.. kadang-kadang itu, sesetengah ibu bapa yang rasa cemburu terhadap kejayaan anak orang lain, dan mengingini anak mereka seperti anak teman mereka.. bagi yang mengalami masalah sebegini, jangan runsing dan tekanan untuk pulang ke kampung,... anggap je, apa yang deorang tu semua mahukan dan cakap bagaikan tidak wujud..kalau cara ni pon tak boleh juga, korang kene belajar pujuk diri sendiri..caranya sila rujuk pada entry sebelum ni.. senyum tak perlu kata apa-apa...

bagi yang sudah mempunyai keluarga lagilah, ada je masalah..sedih dengan suami atau isteri, sebab terasa terabai dan tak dipedulikan..yela si suami atau isteri kan, yang satunya dengan sibuk memerah keringat cari duet..yang satu lagi pula, sibuk dengan menjaga makan minum keluarga dan anak-anak..masa bersama untuk berdate pon dah takde..tahu-tahu dah ngorok kat sebelah..(pss ngorok tu tidur atau dah berdengkur) kadang-kadang tu pula, terasa hati, bila sentuhan nak bermanja tapi ditepis sebab tak selesa..kononnya penat dan tak larat nak layan..oh tidak!!ia harus diselsesaikan secepat mungkin..tapi mungkin ulasan akan diceritakan next entry..but tahu apa sebab utama? segalanya demi masa depan, kesenangan hidup dan juga wang..hish!wang wang dan wang.. ada pula tu, wang mungkin bukan masalah utama, tetapi soal lain pula..contohnye..zuriat...mungkin belum masanya dikurniakan oleh ALLAH.. banyak sebab kemungkinan tak dapat..bukan sebab mandul ke apa..itu kene buang jauh-jauh..pikir positif ye sayang-sayang readersku semua..jangan peduli orang caci..bukan deorang yang buat kite happy..so cakap dengan deorang lain kali..(daaaaa~talk to myhand ok...poooda chit!!) apa pon yang berlaku dalam dunia ni, semuanya tersurat dan tersirat..setiap apa yang berlaku ada sebab..muhasabah diri untuk lebih mengenali diri..kesabaran sangat penting dan  menjadi tunjang utama ye...

beginilah lumrah dunia..kerana wang,sekelip mata segalanya boleh berubah..bahkan pangkat juga dikejar untuk mendapatkan penghormatan serta disegani oleh teman-teman dan juga masyarakat..selain itu, untuk meraih perhatian keluarga juga dengan melalui cara yang sebegini...jika beginilah berterusan keadaan hidup kita, memang benarlah bumi kita ni dah tua.. tak lama lagi sampai lah masanya....sama-sama kita beringat..

P/S:renung-renungkan dan selamt beramal..dari profesor lagi ringkas dan mudah...daaaaa~

No comments:

Post a Comment

Happy Apple