11.4.11

mentality inbox and out box

assalamualaikum dan selamat malam semua readers..
entry kali ni, takmo cakap panjang lebar meraban teben..eh!iye ke?cakap je tak nak..sat lagi..tak pasal-pasal panjang gile..aish!=(tengok jela kan da panjang!) ^_^

ok..kali ni entry nak berbicara tentang mentality manusia..cewah! berbicara konon.. ok..mentaliti orang-orang sebenarnya berada di tahap yang sama saja..suke pandang rendah pada orang..perasan diri lebih baik dari orang itu la..perasan kita lagi baik dari die tu la..rasa diri ni, tak sesosial orang tu la, rasa macam diri ni lagi baik dari orang seberang tu la..dan bermacam-macam lagi..

ORANG BANDAR
mentaliti kebanyakan orang yang duduk di bandar lebih terbuka..naymie tak cakap semua, tapi segelintir..bagi keluarga yang duduk di bandar, mereka akan sasarkan target bile masa untuk memberi anak mereka berfikir dengan lebih rasional,boleh buat keputusan sendiri dan dalam pergaulan..sekalipun memberi kebebasan kepada mereka, pada tahap penjagaan awal mereka sudah pastikan anak mereka benar-benar boleh belajar sendiri..kerana mereka tahu kematangan seseorang adalah mengikut kepada pengalaman dan pergaulan seseorang..orang yang hidup di kota ini,kebanyakannya tidak akan peduli akan kata orang lain terhadap diri dan keluarga mereka, asalkan mereka sendiri benar-benar selesa dengan kehidupan mereka..bukan bermakana di sini, naymie menyokong 100% gaya hidup orang bandar.tetapi naymie meletakkan pemikiran di tahap yang lebih positif..yela takkan nak kondem orang bandor je kak oi!! lagi satu..kelebihan sememangnya terletak di situ..lagi pon dalam dunia masa kini, pemikiran orang yang benar-benar lahir celik di bandar memang lebih baik kematangan mereka, berbanding yang dari kampong tiba-tiba datang ke bandor.. pastu nak terikut-ikut gaya..so lebih baik memang sejak azali celik-celik mata, dah ada kat bandar, so takkan mudah terikut-ikut..pas tu if ada pon, mereka tak lama..sampai satu tahap je,mereka dah rasa puas..konon-konon just nak rasa je.. di sini sebenarnya naymie menegaskan pemikiran ibu bapa yang membentuk anak mereka yang tinggal di bandar.. naymie bg <3<3<3

ORANG DESA
mentality bagi orang yang tinggal di desa ini sangat ketat dan penuh dengan ketatasusilaan..segala perilaku setiap anak-anak dan diri mereka, haruslah berpandangan pada pandangan orang lain..maksudnya gerak laku mereka, adakah menjadi umpatan dan kejian orang kampong? anak-anak pula, dimestikan melakukan perkara yang tidak menjadi kejian masyarakat..(sekalipun anak buat perkara yang baik buat diri mereka, tetapi, jika orang tak suka, maka anak itu, tak boleh buat) tak semua ibu bapa yang tinggal di kampong sebegini, tetapi kebanyakannya..sehingalah anak mereka dah kahwin, dan mempunyai keluarga, anak mereka itu, tetap dipantau dan harus mendengar kata mereka..kononnya anak mereka masih belum boleh menilai mana yang baik dan mana yang buruk..kesian bukan? sekalipon anak tinggal di kota besar dan bekerja serta sudah bekeluarga, ibu bapa akan datang dan pastikan apa yang anak mereka lakukan sesuai dengan gaya hidup mereka.. simpati dihulurkan buat anak mereka..hanya <3

sebenarnya naymie nak cerita lebih panjang lagi, berkenanan mentality in box dan out box orang-orang tua kita..rasanya anda bahagian yang mana?..adakah di bandar yang terbuka untuk buat pilihan asalkan pilihan yang baik, atau tetap di bandar tetapi pemikiran yang terkurung..manakala mungkin di kampong yang seperti naymie ura-urakan di atas, ataupun kampong yang memberi keselesaan anak-anak membuat keputusan..nilaikan dan kongsikan bersama..

inbox or outbox

p/s:naymie hanya beri contoh pendek..naymie nak korang pikir sendiri dan nilaikan..luaskan pemikiran itu..bukan bermakana naymie menyokong family bandar,..pada naymie kedua-duanya ada positif dan negatif..tetap haruslah seiring dan jangan sampai mengguris hati orang yang tersayang dan mendera pemikiran mereka..jangan salah faham..peace~

No comments:

Post a Comment

Happy Apple