14.4.11

gundah gulana


hai.assalamualaikum semua..

lihat title gundah gulana dah dapat tafsiran..ni mesti entri sakit jiwa ni..ye dan tak..haish!!korang ni selambe sakit jiwa..bukan le, jiwa tengah lara... haha..dalam dok2 naymie melayan perasaan dan memujuk diri,, yela..dah biasa belajar pujuk diri sendiri tanpa bantuan orang..hehehe..bangga jap..chup! naymie terjumpa lah beberapa keratan yang naymie rasa memang nak share dengan u alls ni semua.. hehehe..

ok la..ramai yang berpendapat, tak semua tapi ramai..kebayakan orang nak rujuk al quran nur qarim masa tengah susah..masa nak lawan hantu dan sebagainya.. tahukah korang yang al quran ini juga pengubat jiwa yang lara.. ubat no 1 dalam dunia ye kawan-kawan.. 


dalam al-quran ni macam-macam ada...segalanya sudah cukup di sini,, tinggal nak kaji lagi dalam dan fahami apa yang tersurat dan tersirat dalam setiap kandungan yang di sampaikan.. 

di antaranya adalah.. 

  • Hati itu adalah anugerah Allah yang sangat berharga. Ia adalah milik Allah yang perlu di jaga. Ia datang dari Allah dan dengan Allah sahajalah ada ubat untuk merawatnya. Allah berfirman:

“Hanya dengan mengingati Allah sahajalah hati akan menjadi tenang”

  • Salah satu cara mengubati hati ialah dengan membaca Al-Quran kerana Al-Quran itu adalah petunjuk bagi mereka yang bertaqwa. 

“Kitab Al-Quran ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa”

  • Apabila sedih, Allah pujuk kita,.

“dan janganlah kamu merasa lemah dan bersedih hati, sebab kamu paling tinggi derajatnya jika kamu orang yang beriman”  

  • Apabila berputus asa, Allah menyeru,.

"wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya”



  • Apabila berdukacita dan gembira, Allah mengingatkan,.

“Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (Tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan Telah tertulis dalam Kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.
(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri”



  • Apabila hilang semangat, Allah menyedarkan,.



“dan jika Allah menimpakan sesuatu bencana kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia” 




bagus kan keratan-keratan dari kandungan al quran ni.. ALLAH tu kan bersifat 20..semuanya tanpa leka sedikit pon..sempurna di mata kita semua.. kalau korang lupe sifat ALLAH ini..meh!! sini dekat-dekat mari rapat..naymie akan tinggalkan korang dengan lagu sifat 20 dari raihan... 


p/s:naymie tak pandai bermadah pujangga, naymie cume pandai memujuk diri yang terluka dari sebarang kedukaan yang marabahaya..take care semua... 





No comments:

Post a Comment

Happy Apple