13.4.11

for your own skin


selamat pagi..
di sini naymie akan memberi sedikit tips untuk kekalkan kulit wajah anda segar dan mulus.. yela untuk memiliki kulit wajah yang cantik.. cus penat dah naymie nak jawab few questions yang bertanyakan macam mana nak dapatkan kulit wajah yang segar tanpa membeli produk yang pelbagai..begini le..naymie sebenarnya lebih suka kepada keaslian.. dan ini adalah sedikit tips..

cara mendapatkan kulit yang cantik..


  • Buang semua produk kecantikan yang tidak digunakan enam bulan lalu dan dapatkan produk penjagaan kulit yang benar-benar ingin digunakan setiap hari.
  • Minum 8 gelas air putih setiap hari.
  • Lakukan senaman kerana ia bukan sahaja baik untuk tubuh tetapi juga dapat membantu anda mendapatkan kulit cantik dan sihat berseri.
  • Pastikan kulit anda mendapat 'makanan' terbaik menerusi khasiat buah-buahan segar.
  • Pakai pelembap wajah setiap hari. Pilih pelembap yang bebas minyak.
  • Elakan kemarahan kerana ia boleh menyebabkan kerosakan pada kulit anda. Sentiasa tenang dalam apa jua keadaan.
  • Jangan sentiasa mengenakan selekan. Biar kulit berehat seketika.
  • Jangan terus tidur tanpa menanggalkan mekap terlebih dahulu.
  • Jangan menggunakan sabun atau sebarang produk selain produk penjagan kulit yang sesuai dengan kulit anda. 
  • Berhenti pengambilan makanan ringgan kerana ia boleh merosakkan kulit anda.
  • Makanan tambahan seperti vitamin amat penting untuk kesihatan kulit anda. Walaupun begitu, tidak bermakna jika anda tidak mengamalkan makan harian yang berkhasiat.
  • Pastikan anda tidur cukup iaitu 8 jam sehari.
so tips-tips di atas ini memang harus diguna pakai untuk memiliki kulit wajah yang bersih.. well biase la kadang-kadang nak period dan tension, kulit kita akan tumbuh jerawat segala..pas tu jari kita yang gediks ni, tanpa disuruh akan pandai meraba dan mengupas jerawat.. (naymie pon)

so bagi mengelakkan dan cara memberi jerawat tersebut pergi dengan cepat.. macam biasa  

  • basuh muka dengan air suam bersama pencuci muka yang sesuai dengan kulit wajah korang
  • ambil cream muka yang sesuai dengan kulit, pupukkan atau titikkan di noda jerawat itu..buat banyak kali sampai ok..nanti bila kering, jangan pandai2 kopek lak!!
  • dah rasa berminyak dengan cream muka kat tempat tempek jerawat, mulalah korang basuh balik muka,
  • pas tu pakai la conditioner..eh tu rambut..pakai le moisturizer@pelembab..sebab penting buat muka
  • kalau boleh masa nak tidur, silalah bagi kulit anda bernafas ye.
  • elakkan pakai makeup
  • elakkan merokok atau asap rokok ke kulit anda
  • jangan minum minuman berkarbonat dan arak..(kan ke haram)
  • rajin makan buah/minum air soya
  • amalkan pendedahan kulit dengan vitamin c semulajadi sekitar mentari pagi sehingga sebelum jam12 tengahari..gud!!!
  • jangan selalu pupur kulit anda, nanti kulit akan kering dan kelembapan semulajadi kulit dah takde..
  • tak perlu nak lengkap segala..pelembab tu memang sangat penting..
  • lastly, masa nasi tengah masak, asapkan kulit muka anda pada nasi yang sedang memasak..
so pas ni dah tak yah tanya lagi ok...tips ni pon cam lemau-lemau sebab dah ngantuk yang amat..

natural things for your own skin
  • kulit lidah buaya
  • sirih
  • susu
  • tomato
  • timun
  • putih telur
  • tepung ubi kayu
  • limau
  • lobak merah
  • biji manjakani
  • belimbing buluh
  • asam jawa
  • kelapa
  • madu asli
  • teh uncang
  • betik/daun betik
nanty tips menggunakan bahan semulajadi ni..naymie bagi next entry k..letih la myfriends..

p/s:naymie lebih suka pakai moisturizer dari cream muka..kulit lebih bernafas.. jenama apa ye? rahsia! eh tak, hehe..jenama clean and clear..cream muka olay...pembersih clean and clear..jamu binary dan yusmira.. shampu sunsilk..makeup silky girl..perfume paris hilton..enough!heheh..

No comments:

Post a Comment

Happy Apple